//TheGudBoii Life_CrossLife
The ordinary boii , be nice here . Just be professional .


Story About You Stuff


Your Cbox Codes Here :)



PENGANTAR BAHASA MELAYU

BMZ1043 : ASAL USUL BAHASA MELAYU KUNO

Konsep :

1. Berkembang di nusantara antara abad ke-7 hingga abad ke-13. Sebelum wujud bahasa melayu kuno, bahasa yang digunakan ialah bahasa melayu purba.

2. Bahasa Melayu purba tidak mumpunyai bentuk tulisan tetapi wujud dalam bentuk lisan.

3. Budaya Hindu mempengaruhi  Bahasa Melayu purba untuk mempunyai aksara yang dizahirkan dalam bentuk tulisan. 

4. Bahasa Melayu Kuno wujud apabila aksara digunakan dan menjadi lanjutan daripada Bahasa Melayu purba dalam bentuk tulisan.

5.Budaya Hindu yang tersebar dialam melayu melalui para pedagang dan mubaligh agama hindu yang singgah di Nusantara menggalakkan penggunaan Bahasa Sanskrit dalam Bahasa Melau Purba.

6.Ismail Hussein :Bahasa Melayu mengalami evolusi pertama melalui pengaruh Bahasa Sanskrit. Daripada Bahasa masyarakat yang rendah kebudayaan dan tidak tidak mempunyai ilmu pengetahuan mengalami perubahan ke arah bahasa sarjana yang mampu mencernakan idea-idea yang tinggi.

7.Budaya Hindu memperkenalkan tulisan dalam Bahasa Melayu Kuno iaitu tulisan Palava, Nagiri, dan Kawi menjadikan Bahasa Melayu Purba  menjadi Bahasa Melayu Kuno.